wanita dan epal

Sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar,banyak pengalaman pahit & manis
Telah aku lalui dan banyak ragam dan kerenah manusia telah aku temui. Ramai sahabat perjuanganku yang telah melangkah ke alam pekerjaan dan tak kurang pula yang meneruskan pengajian ke matrikulasi dan di universiti. Tatkala mengenangkan semua kenangan itu,teringat aku pada seorang sahabat yang telah banyak membimbing agar tidak lalai dalam dunia remaja yang sering disalahguna kebebasannya. Teringat aku pada ceritanya mengenai wanita dan epal..katanya..
Wahai Sahabatku sayang..
Wanita ibarat epal,epal yang tidak berkualiti mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak,susah dipetik,susah digapai. Terkadang epal itu risau,kenapalah dirinya belum dipetik,lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah,sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.
Wahai sahabatku sayang..
Hakikatnya epal itu terlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani memetiknya. Begitu jugalah wanita wanita solehah. Hanya pemuda sejati yang benar benar hebat sahaja mampu memperolehnya. Mungkin bukan di dunia, asalkan cinta ilahi mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu di sunting di taman dunia,tetapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginya intuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi sedarlah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan.renungkanlah wahai sahabatku saying..
Alangkah indahnya tutur kata kata sahabat. Hatiku berbunga riang. Betapa tingginya hikmah bagi seorang wanita yang pandai menjaga dirinya.kata kata hikmahnya masih terpahat di sanubariku sehingga hari ini.semoga ia akan bertemu pemuda idamannya.
Salam ukhwah semanis perjuangan
anamuslimah

0 ulasan:

Post a Comment

Pages

Followers

About Me

My photo
comelll..bukan perasan tp PERASAAN..he3..suka sangat pada haiwan mamalia iaitu kucing..suka sangat2 baca novel cinta..suka tengok filem cinta..






masa itu emas : )